|
|
Masyarakat Bugis mempunyai tatacara kehidupan yang mereka warisi dan mesti mereka patuhi. Tatacara ini dikenali sebagai pengadereng, ade?, bicara, rapang dan wari. Kesemua ini meliputi sitem norma atau peraturan yang dikenali sebagai adat. Bagi masyarakt Bugis di Daerah Pontian Johor yang merupakan ketrunan perantau Bugis dari Sulawesi telah mewarisi adat ini sebahagiannya. Sementara itu telah berlaku percampuran yang sukar untuk dibezakan apakah adat itu tulin dari Bugis atau bauran dari culture yang lain. Meskipun melalui hakisan perubahan budaya tetapi masih terdapat lagi diantaranya yang terus diamalkan. Justeru masyarakat Bugis di Daerah ini kuat mempertahankan kebugisan mereka. Kertas ini menekankan adat masyarakat Bugis yang masih diwarisi dan diamalkan serta dianalisa kesesuaian pengalaman menurut perspektif Islam. Hasil kajian menunujkan mereka menyatakan mereka tidak lagi mengikut adat iatiadat Bugis tetapi realitinya adat tersebut tidak dapat dipisahkan daripada mereka Kecuali adat istiadat yang bertentangan dengan Islam. Namun oleh kerana terdapat juga adat yang selari malah menguatkankan lagi pegangan umat Islam kepada ajaran Islam itulah yang menjadikan mereka terus mengamalkannya. Adat dan budaya melambangkan bangsa syariat Islam terus dijunjung.
|
Jointly organized by IIAS the Netherlands and The State Institute of Islamic Studies, Makassar